Pages

Tuesday, May 31, 2011

Hari-hari yang Mendatang

Lelah rasanya bila memikirkan hari-hari yang mendatang<

1 Jun = bagi talk pasal renal
2 Jun=Presentation TDM
7 Jun=presentation ward
9 Jun=assessment DIS
16 Julai=tarikh menghantar buku log
In between ada banyak assessment yang aku kena lalui....
Badan dah rasa nak demam-demam dah.Pagi tadi bangun dah rasa lain macam.Aku gagahkan juga melangkah.Sebelum ke tempat kerja aku telan vitamin C dua biji,dengan harapan semoga ini dapat membantu.Alhamdulillah,aku tak apa-apa cuma rasa tak selesa sepanjang hari.Ikutkan hati rasa nak balik je tapi sebab banyak sangat kerja-kerja yang tertangguh perlu disiapkan.

Sunday, May 29, 2011

Album :
Munsyid : AlarmMe
http://liriknasyid.com


Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

Ini adalah bait-bait lagu nasyid yang sering aku dengari.Ia memberi peransang kepada aku untuk menguatkan semangat menghadapi dugaan.Bila sedih,aku suka dengar nasyid ini. Doa aku semoga iman aku yang senipis kulit bawang ini tidak akan ditarik.Semoga hidayah Allah akan sentiasa bersama aku.Tak lupa juga untuk semua ahli keluarga aku walau di mana mereka berada.

Saturday, May 28, 2011

Semalam keluar dengan zainab,anis dan dayah.Kita orang berempat pergi tengok Kungfu Panda.Aku saja nak hiburkan hati.Aku tahu itu bukan cara terbaik but i need some laughing to lighten my heart.Minggu yang sibuk dan dipenuhi dengan segala perkara yang menyesakkan dadaku.Alhamdulillah,zai sentiasa ada di sisi.Sebenarnya,malu pun ada.Sepanjang di JB,adik dia sentiasa ada dengan dia untuk membantu sedangkan semasa di KL,aku terpaksa menyusahkan dia walaupun ada adik sendiri di sana.Minta tolong dengan adik sendiri macam minta sedekah.Mungkin kedengaran seperti kakak yang teruk kerana memburukkan adik sendiri tapi hakikatnya memang seperti itu.Sudah lebih 2 tahun,aku sudah buang dia dari hidupku,dalam badan kami,mengalir darah yang sama,hanya itu.Kami sepatutnya menjadi adik beradik yang rapat selepas melalui pelbagai peristiwa,tapi ternyata selepas masuk universiti segala-segalanya berubah.Mula-mula aku sedih,tapi sekarang aku belajar untuk keraskan hati.Hubungan yang ada sekarang hanya kerana ayahku dan tak lebih dari itu.Sikap angkuh dan pentingkan diri dia pada aku tak pernah aku lupa.Tak sangka adik yang aku jaga dari kecil boleh bersikap sebegitu rupa.Sekarang dia dah punya keluarga sendiri,kami lagilah tak beri apa-apa makna pada dia.Aku jadi geram bila dia tak pernah dimarah untuk kesalahan-kesalahan yang dia buat tapi aku selalu jadi mangsa kemarahan untuk kesalahan yang aku tak buat.Buat aku,tak ada lagi peluang untuk dia.Pintu hati aku dah tertutup rapat untuk dia.Untuk melihat dia berubah seperti mimpi.Paling bagus bila isteri dia mengambil kesempatan atas keretakan hubungan kami,bukan membantu memulihkan,malah menjauhkan.Tak kisahlah apa yang korang nak buat sebab Allah maha Mengetahui.Sekali lagi aku ingatkan buat yang membaca,bukan aku nak buka pekung di dada,tapi aku puas dapat menulis di sini.Terlalu banyak yang aku simpan sendiri.

Wednesday, May 25, 2011

Coretan ini....

Coretan-coretan yang aku tulis ke dalam blog ini,tak lain hanyalah tempat untuk aku meluahkan rasa hati kerana aku tak dapat luahkan pada sesiapa.Aku tahu ada pengunjung yang membaca blog ni sekali sekala,dan aku tak tahu siapa.Jangan diharap hasil nukilan yang bombastick dan sebagainya kerna ini hanya luahan hati aku untuk diri sendiri.Mana yang baik jadikan teladan dan mana yang buruk jadikan pengajaran.

Hati-hati dengan kata-kata

Sebenarnya sudah agak lama aku perasan tentang seorang hamba Allah yang kerja sama tempat dengan aku ni.Dia sangatlah baik dengan aku tapi pada masa yang sama dia selalu lepaskan kata-kata seperti aku ni seorang yang keras kepala dan 'mental'.Aku sengaja diamkan diri tapi aku tahu agak tidak logik untuk seseorang yang kenal aku baru dua minggu di tempat kerja boleh berkata begitu pada aku.Aku pasti dia mendengar dari mulut orang lain.Aku paham yang mulut orang tak boleh ditutup tapi tak perlu berpura-pura extra baik dengan aku.aku bukan plastik!!Nak dijadikan cerita,semalam time lunch sekali lagi dia insist kata aku keras kepala depan semua orang.Aku membalas balik kata-katanya sambil hampir-hampir menitis air mata aku.Begitu mudah orang menabur fitnah dan begitu mudah juga untuk orang mempercayai fitnah.Hamba Allah itu terdiam dan tak terkata apa-apa.Aku tak takut kerana aku bukan di pihak yang salah.Aku dianiayai.Sedih rasa hati.Yang aku pelik,masih lagi nak berbaik-baik dengan aku.Hari ni boleh lagi hantar SMS pada aku.Sunggu pelik manusia ini.Sekiranya dia berniat tidak baik,semoga Allah sahaja yang membalasNya.

Monday, May 23, 2011

Buku Log...

Sekarang ni musim semua orang terkejar-kejar untuk menghantar buku log.ini termasuklah aku juga.Sama seperti orang lain,cuma yang senang-senang aku dah di'assess'.Cuma aku risau memikirkan presentation yang menimbun.Time bila nak present?Ni belum lagi termasuk persoalan kat mana aku akan dicampakkan selepas ini.sedihnya rasa hati bila memikirkan part itu.aku tak tahu aku nak kat mana pun.DOa aku,sama seperti yang sebelumnya,semoga Allah beri tempat yang terbaik untuk aku.

Sunday, May 22, 2011

Hati yang Rawan

Hati aku semakin rawan.air mata kunjung tiba tak mengira masa.Bila fikiranku melayang,pasti akan ditemani airmata..akumalu kerana sebagai hambaNya,aku tak mampu mengatasi dugaan yang sekecil ini.Murah sungguh air mata aku.Sabarlah,dan bersabar.itu saja yang mampu aku ucapkan dan pujuk hati ini.Allah sentiasa bersama aku.Hanya aku yang jauh dari Nya.Semoga zikrullah mampu menyembuhkan hati yang sedang berduka ini dan semoga ianya tak menjejaskan kesihatan aku yang sering up and down sejak kebelakangan ini.Hanya padaMu tempat aku memohon..

Monday, May 16, 2011

Wedding and reunion




Semalam pergi ke wedding Anna,salah seorang classmate aku time degree.Melangkah ke dalam Dewan Jubli Perak,dewan dihias dengan cantik apatah lagi temanya ialah putih dan pink.Memang kagum dengan hiasan dewan yang sangat cantik.Ramai juga classmate yg turun ke johor.Sudah pasti aku akan ditanya soalan seperti"kak huda bila lagi???.aku hanya mampu menggelengkan kepala.Dari bandar baru uda,aku bergerak ke skudai pula,memenuhi undangan kak nora sempena majlis hari jadi anak buahnya.Lama aku tak jumpa kak nora,teman sekerja masa di Sunway.Banyak cerita yang hendak dikongsi.Seronok dapat jumpa kawan-kawan lama,sekurang-kurangnya aku tahu masih ada yang meengingati diri ini.

Sunday, May 15, 2011

Weekend...

Semalam bekerja dari pagi sampai pukul 5 di satelit A.Hari yang agak tenang kerana x ada bakul sebelah petang.Malam tu keluar makan ramai-ramai kat Mutiara Nara.Aku agak keletihan,balik selepas solat isyak terus tidur.Hari ni bila bangun terus kemas rumah dan bilik.Sambil kemas bilik aku dihantui persoalan yang sering mengganggu fikiranku.Bingung dengan segala yang terjadi.Ingin aku menjerit dan menangis sepuas hatiku supaya semua ini berlalu kerana seperti tak tertanggung beban ini.Insan-insan yang dipanggil adik hanya pada nama.Aku seperti tak punya keluarga.Masing-masing punya agenda tersendiri.Pernah tak diorang terfikir akan aku???Aku terfikir,apakah ertinya kalau aku pulang ke KL kalau aku akan tinggal sendiri seperti dulu,lebih baik aku tinggal di tempat lain.Tak ada bezanya.Semoga Allah memberi aku petunjuk dan hidayahNya agar aku tak pilih jalan yang salah dan semoga Allah memberikan yang terbaik untuk aku.

Wednesday, May 11, 2011

Panadol overdose...


Sepanjang minggu ini,hari-hari ada je kes orang nak bunuh diri....musim ke????range umur dari 16 tahun sampailah 26 tahun.Masya Allah,dah betul-betul puas ke hidup di dunia ni???dah cukup amalan untuk menghadap Allah???yang sedihnya,ramai di kalangan yang bunuh diri tu adalah muslim.Sepanjang kerja kat hospital,macam-macam jenis cerita yg didengar...tetapi punca utama kebanyakannya sebab gaduh dengan boyfriend.Kesian dengan ibu bapa diorang yang bela diorang bertahun-tahun tetapi nak bunuh diri sebab ditinggalkan boyfriend.nauzubillahiminzalikkk....ada yg telan 20 biji,ada yg telan cloroxla,ada gak yg gantung diri....sedih rasanya,begitu cetekkah pengetahuanmu tentang agama....sudah kurangkah kasih sayang Allah padamu????Sebagai manusia,bila dilanda masalah,kita selalu merasa lelah dan kecewa tetapi bukan dgn menarik nyawamu sendiri.Betapa kecewa pun kita,Allah tak akan tinggalkan kita,malah kita yang sering melupakanNya...itu yang kerap kali aku ingatkan pada diri sendiri..kengkadang aku juga merasa putus asa tetapi cuba mengumpul kekuatan untuk terus berjalan.Semoga mereka-mereka itu diberi petunjuk dan hidayah oleh Mu,ya Allah.Sesungguhnya engkau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Tuesday, May 10, 2011

Healthcare team????

Hari-hari penat bila kena buat kerja banyak-banyak kali.Rasa bosan bila asyik kena call staff nurse and tanya details pasal patient just because diorang tak fill in the form betul-betul.Pernah sekali dapat borang TDM kosong without a word ngan darah.Alahai nurse dan doktor sekalian,kami bukannya ahli nujum yang boleh buat ramalan.Apa kata saya hantar salinan kertas hijau yg kosong dan cuba anda semua pulak yg buat ramalan.Bila lambat buat interpretation bising.Macam mana nak cepat kalau mcm ni gayanya????I believe that if we all(nurses,doctors and pharmacist) do our job correctly,we can be the best healthcare team ever!!

Monday, May 9, 2011

Trip to Mersing




Last weekend was a great one because i'm on a trip to Mersing.i get to visit Zai's kampung.First time masuk felda.About 17km from town of mersing.It was great,a change in environment which i really need at the moment.Petang pergi jalan-jalan ke Pantai Air Papan.Air dia best tapi sayang tak bawak baju extra untuk mandi.End up kutip siput dan main air je.Best part ika takut nak sentuh air laut.After that pergi jalan jap kat pekan mersing and we had dinner at Sally's Place which is a great one.The food was really tasty.I can still remember the taste of udang masak cili kering dan sotong rempah kari.The next day pergi beli keropok lekor.Zai bawak kereta masa balik.She was really exhausted that she slept until 7 o clock.Dah cakap dah,drive ni penat,xnak caya...heheh.

Friday, May 6, 2011

Never want to give up

I used to be a fighter,since i was small. Alhamdulillah,with His blessings He made me for what i am today.Thinking back of those days,i never thought that i would be what ever i am today. But what happen to me???I've become physically and mentally weak....I don't want to go back but I'm also afraid to move on. I'm glad that life has no turning back.I pray hard that Allah will give me strength that i had lost so that i can pull myself out of all these miseries.Sorry,not miseries but tests. Need to take a break so that i can pull myself together again.

Wednesday, May 4, 2011

Wow

It has been many-many months since the last time i entered something into this blog.So many thing happened within these months.It has been 8 months since i stayed in JB.Already used to the surroundings. Zainab,bulat and smokey has been with me through all these months which helps a lot for me to get used with the surroundings.I won't leave HSAJB with many sweet memories as there were more suffering then enjoying the PRP life but i will remember all the things that i've learned. Really looking forward of leaving this hospital. Went to Singapore twice and bought a car too. I was very sad when I sold my Optima but i have to be realistic. Many people had been questioning me for buying Inspira but i have my own reasons. And of course now many and many more questions about when am I getting married and so on.Getting tired to hear that. and now i am stuck with so many reports,case summaries and presentations....hmm what a life