Pages

Sunday, May 15, 2011

Weekend...

Semalam bekerja dari pagi sampai pukul 5 di satelit A.Hari yang agak tenang kerana x ada bakul sebelah petang.Malam tu keluar makan ramai-ramai kat Mutiara Nara.Aku agak keletihan,balik selepas solat isyak terus tidur.Hari ni bila bangun terus kemas rumah dan bilik.Sambil kemas bilik aku dihantui persoalan yang sering mengganggu fikiranku.Bingung dengan segala yang terjadi.Ingin aku menjerit dan menangis sepuas hatiku supaya semua ini berlalu kerana seperti tak tertanggung beban ini.Insan-insan yang dipanggil adik hanya pada nama.Aku seperti tak punya keluarga.Masing-masing punya agenda tersendiri.Pernah tak diorang terfikir akan aku???Aku terfikir,apakah ertinya kalau aku pulang ke KL kalau aku akan tinggal sendiri seperti dulu,lebih baik aku tinggal di tempat lain.Tak ada bezanya.Semoga Allah memberi aku petunjuk dan hidayahNya agar aku tak pilih jalan yang salah dan semoga Allah memberikan yang terbaik untuk aku.

No comments:

Post a Comment