Pages

Wednesday, April 11, 2012

Perancangan Allah Maha Agung

Lama betul blog ini tidak diupdate.Especially after moving to Muar.Kehidupan selepas menjadi FRP is totally different than PRP. Everything is about responsibility,not learning anymore. Tambahan lagi bila mula kena jaga stor. Seluruh ilmu yang dipelajari di HSA cuba dipraktikkan. Selepas 3 bulan,dah dapat adapt dengan life style di Muar.Honestly,mula tertarik dgn lifestyle di sini yang lebih relax.Cuma agak sunyi tinggal sorang-sorang.Baru dua bulan sudah berbincang tentang rancangan masa depan dgn ayah.Aku kira,kalau dapat balik KL,nak duduk dgn ayah dan tok.Ada juga disuarakan hasratku untuk buka kedai haiwan satu hari nanti.Tapi benarlah rancangan Allah mengatasi segala-galanya.Kini rancangan-rancangan ku dengan ayah tidak dapat diteruskan lagi.Sesungguhnya kuasa Allah mengatasi segala-galanya,sesuatu yg ku tidak jangka datang pada masa tidak diduga.Kini,keluargaku sibuk dengan persiapan menjelang perkahwinanku pada bulan ogos nanti. Kerana kekangan masa, aku serahkan semua urusan persiapan pada ayah dan mak idah. Dapat aku lihat kegembiraan di wajah ayah. Sesuatu yang sangat berharga buat aku. Harapannya, aku masih boleh berbakti pada keluarga selepas bergelar isteri nanti. Dan aku sendiri cuba mempersiapkan diri terutamanya dari segi mental. Berkali-kali ku ingatkan diri yang segalanya akan berubah nanti dan aku harus bersedia menerimanya. Aku yakin Allah maha Mengetahui apa yang terbaik buat aku.