Pages

Friday, June 25, 2010

What a day


Semalam adalah hari mencemaskan buat sebahagian daripada my class mates sebab kena reseat paper 578 which is the scarriest paper abad ini. Kami yang lain sentiasa mendoakan semoga kalian berjaya dan semoga kita semua boleh grad sama-sama tanpa sebarang masalah.Walaupun dah 2 hari demam dan terlantar atas katil,semalam aku gagahkan diri untuk keluar dan hantar zainab untuk ambil exam.Selain itu ke kampus shah alam untuk ambil surat tamat belajar dan mini transkrip.After that balik rumah dan tidur sampai pukul 4...4 jam tidur sampai tak sedar langsung!Pastu petang keluar lagi untuk ambil zainab.Kengkawan ajak pergi makan memandangkan kami satu geng mmg ada kat sini.Balik rumah terus pengsan another round. Pastu hari ni kena hantar kucing pergi vet (kucing pun sakit gak),then pergi jumpa ayah kat sungai besi.Kepala dah rasa lain macam.On the way balik,tetiba seekor anak kucing terpelanting lepas kena langgar oleh kereta depan,tak sempat nak brek tapi sempat mengelak.Rasa nak gugur jantung tgk kucing tu tapi tak dapat nak berhenti sebab jalanraya sesak.Kesian sangat kat kucing tu.Sampai sekarang terbayang saat dia tercampak ke depan kereta.Peristiwa yang sangat ngeri!!

Wednesday, June 23, 2010

Another cat gone

Will miss you...

Semalam demam and down the whole day.Kebetulan one of the BSH's kitten sakit.Nampak macam suffocated and badan dia sejuk je.Walaupun demam,i make the effort to bring him to the clinic.Bawak kete dalam keadaan pening-pening lalat.Sampai kat vet,dr kata dia punya heart beat and lung normal.Dr suspect that he was in pain,but specific diagnosis could not be done because he was too small.The Vet said that most likely that he would not survive and he was right.The kitten died a few hours after i brought him back from the clinic.

Sunday, June 20, 2010

26 tahun

Alhamdulillah.Hari ni genaplah umurku 26 tahun. Bersyukur kerna Allah masih memanjangkan usia ku hingga ke saat ini.Pertambahan usiaku mengingatkan daku bahawa detik kematian makin menghampiri.Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengingati hari ini.Semoga doa kalian akan menjadi azimat supaya aku tabah dan terus maju ke hadapan.Semoga pertambahan usia ini menjadikan aku lebih matang serta bijak menguruskan kehidupanku kelak.Yang istimewanya kerana tahun ini, Father's Day jatuh pada hari yg sama.Yang menyedihkan aku kerna ayah kak yana telah pergi menghadap Illahi semalam.Dia adalah orang yang pertama yang wish aku dan sedih aku membaca sms yang dikirim bila dia menyatakan bahawa 18,19 dan 20 Jun adalah hari yang dia tak akan lupa setiap tahun,besday Emran,hari pemergian arwah dan hari jadi aku.Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Hari ini aku mengambil peluang untuk merenung hidup aku dan aku memohon kepada Allah supaya usia yang Allah beri tidak akan aku sia-siakan.Insya Allah,yang pasti aku tahu arah tuju hidupku dan apa yang aku mahu dalam kehidupan.Insya Allah,semoga ia menjadi kenyataan.

Thursday, June 17, 2010

Sahabat baru


Pagi semalam,tepat pukul 5 pagi aku terdengar lyca menjerit.Terus aku bangun,rupa-rupanya dia tengah beranak!!Masa tu dah keluar 2 ekor.Aku mmg rasa tak kena hari sebelumnya sebab dia mula menampakkan tanda-tanda x selesa.Ibu muda ni tak tahu mcm mana nak uruskan anak-anak dia macam kucing lain.Aku sendiri terpaksa potong tali pusat dan buang uri pada anak-anak kucing yang keniasaannya akan dilakukan sendiri oleh ibu-ibu kucing lain.Dia nampak sangat lemah!Aku rasa kasihan sangat.usianya belum setahun pun.Alhamdulillah dia mahu menyusukan anak-anak dia,kalau tak lagi susah.

Sunday, June 13, 2010

Hari yang Menggembirakan


10 Jun 2010 ialah hari di mana result telah diumumkan secara rasmi. Buat pelajar semester akhir ianya adalah hari yang bersejarah menentukan bahawa kami bakal bergelar graduan atau tidak.Alhamdulillah,aku merasa sangat-sangat bersyukur kerana secara rasmi aku telah bergelar graduan,pemegang Bachelor(Hons) of Pharmacy.Tak ada kata-kata yang dapat menggambarkan kegembiraan aku.Ayah adalah antara orang yang paling gembira.Begitu juga mak ina dan mak idah.Dalam kegembiraan,aku tumpang bersedih mendengar berita ada kawan-kawanku yang masih tersangkut.Semuanya gara-gara paper Ethics.Bersabarlah kawan-kawanku,mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Sekarang ni kami semua sedang menanti surat posting yang pastinya akan mengundang debaran memikirkan ke mana kami akan dicampakkan.huhu...sabarlah hati.

Wednesday, June 9, 2010

Pergi Tak Kembali

Hari ini,bangun pagi telah dikejutkan dengan berita pemergian ayahanda tersayang kepada sahabatku,Fatin Hanis.Terduduk sebentar membaca mesej yang diterima sebab baru bangun tidur.Agak kelam-kabut sebab kena bagi makan'anak-anak' sebelum keluar.Buat susu dan bagi minum susu ikut giliran.Aku sendiri tidak dapat menahan sebak ketika memeluk hanis, kerana hidup tanpa ayah di sisi agak perit untuk dilalui.Namun itulah ketentuan Illahi.Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Nya.Terdetik di hatiku,bagaimana agaknya kalau perkara ini terjadi pada aku??Tabahkah aku untuk menghadapinya???Aku berdoa semoga aku diberi peluang untuk membalas jasa ayah dan menggembirakan hatinya sebaik mungkin.Semoga Allah memberi peluang itu kepada aku.Buat sahabatku,bersabarlah. aku tahu kata-kata ini tidak akan dapat mengembalikan yang telah pergi,tetapi semoga ia menjadi azimat untuk kau meneruskan hidupmu tanpa berputus asa dengan apa yang ditakdirkan oleh Allah.