Pages

Tuesday, September 29, 2009

Facebook membunuh rakyat Palestin??(dari i luvislam.com.my)

Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.


Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].


Sunday, September 27, 2009

Kembali ke Puncak Alam





Hari ni tepat kul 10.30 pagi sampai ke Puncak Alam.Kat kawasan ni masih sunyi lagi.Ramai orang masih dalam mood beraya.I'm still in holiday mood.Next week we are going to start our hospital training..Too many things in my head so tak leh lah nak terus dalam mood holiday.Seminggu kat sepang,mengadap kucing, angsa and arnab hari-hari makes me miss them so much.I miss my home and how i wish i could be there longer.I'm going to miss ketot and bandit. Not to mention Sinchan,kitty and everyone.Harvesting the pepper every morning is the best part. Dengar suara angsa dgn ayam belanda all the time.Ketenangan suasana itu benar-benar mendamaikan.Jauh dari kesibukan kota.Hari ni kena pikir pasal lab report tdm ngan baca untuk test.Alhamdulilah yang lain sume dah siap.Kesian smokey,mesti dia rindu giant but no choice sebab tak larat nak jaga banyak sangat.Mungkin later dah habis belajar i will take sinchan and kitty back.

Monday, September 21, 2009

2 syawal


Tamara Jared


MIki Sinchan


Agusta Kitty


Smokey Coffee


Boboy Baby


Pearl Mica


Shelly Tiara



Yg ni 3 ekor anak Shelly yg tak bernama


Tgh pujuk nak bg mandi

Acara keringkan badan beramai-ramai

Hari ke 2 syawal ni lagi best.Sebelum breakfast, ayah suruh bg mandi sume kucing.Bukan sekor atau 2 tau kucing yg ada kat rumah.Cabaran bagi mandi kucing ni bukan senang tau.Dapatlah hadiah 3-4 cakaran kat tangan.

Gambar di atas adalah antara kucing-kucing yg ada kat rumah.

Syawal


dengan izzah najla

minta maafla emran, auntie tak biasa jaga budak....cousin sume dah besar-besar




Hari raya pertama, ana mendapat kunjungan dari kak yana dan keluarga.Terima kasih kak yana kerana sudi datang walaupun jauh sampai ke bagan lalang.Ukhuwah yang telah terbina sekian lama semoga akan kekal dan utuh hingga ke akhir hayat.Telatah anak-anak kak yana sangat mencuit hati.

Thursday, September 17, 2009

Selamat HAri Raya

Hari ni dah 27 Ramadhan.Basically most of the muslim are busy preparing for the eid celebrations.As usual, we haven't prepared anything yet and it's going to be a last minute preparations.Tapi tak banyak sangat pun nak prepare,kuih raya pun sikit je sebab kita orang tak kisah pasal kuih raya pun.Baju raya???tak penting sangat gak sebab ada banyak baju yang masih boleh dipakai.Ada takde pun sepasang dah cukup untuk cukup syarat.Pendeknya biarlah ala kadar je sebab tu sume bukan syarat wajib raya pun.Aidilfitri adalah hari untuk kita meraikan kemenangan bukan untuk kita bermewah-mewahan.Menu untuk pagi raya ni macam biasalah : itik masak merah, ayam rendang, kuah kacang dan ketupat.Yang best partnya raya tahun ni ayah suruh buat kuah kacang sendiri(first time ni nak buat).Harap-harapnya jadilah ye...hihiih.Apa-apa pun,to all fellow readers, i would like to wish Happy eid mubarak.May you all have a blessing eid. Di kesempatan ini nak minta maaf banyak-banyak pada semua sekiranya ada salah dan silap.Pada yang balik kampung,semoga selamat tiba ke destinasi dan pada yang tak balik kampung tu, jemputla datang rumah....

Tuesday, September 15, 2009

Iftar beramai-ramai di rumah

Hari ni agak penat sikit.Memandangkan hari ni last iftar kat Puncak Alam,kita orang sepakat untuk berbuka sama-sama di rumah ana.Acara memasak pun beramai-ramai.Walaupun makanan biasa-biasa je, tapi selera bertambah bila makan beramai-ramai.Dan yang paling penting,kita masih lagi dapat berbuka dgn makanan yg enak-enak kalau dibandingkan dgn org-org miskin apatah lagi rakyat di negara yang dilanda peperangan. Onie,farah,zulaimah,zuhailah,hyd,hiqma,hanis,zatil tq atas makanan-makanan yang dibawak tadi. Tahun depan tak tahulah ada rezeki nak iftar bersama lagi. Esok hari last kuiah sebelum kita orang bercuti raya.Walaupun tak beli tiket bas tapi esok tetap nak terus balik lepas kelas. Seronok gak bila tgk org sibuk nak balik kampung. Macam biasa, rasanya tahun ni Insya Allah kami sekeluarga akan beraya di ibu kota lagi. Walau di mana pun kita berhari raya, Syawal tetap memberi seribu makna.

Monday, September 14, 2009

Keikhlasan dalam beragama


Kali ni nak share tentang topik yang nampak agak berat tapi antara perkara asas umat Islam. Bila kita tengok isu-isu yang timbul hari ni,malas nak cakap tapi macam biasala isu sosial sekarang ni kan di kalangan umat Islam,pernah tak terfikir macam mana benda ni boleh jadi?Ramai di kalangan anak-anak muda yang tak reti mengaji atau solat tapi mereka orang Islam.Macam mana tu?Kadang-kadang terdetik di hati ni,adakah Islam sekadar menjadi agama warisan dan bukannya agama anutan?Berat tul nak cakap pasal isu ni sebab sendiri pun cetek je ilmu.Agama warisan bermaksud agama itu dipegang kerana ibubapanya adalah dari agama yang sama.Memanglah masa kecil kita dibesarkan dengan berakarkan Islam sebagai agama kita.Tetapi kalau sehingga dewasa kita tidak mendalami dan menghayati Islam,apatah lagi mengamalkannya ia jadi tidak lebih dari warisan sahaja.Bila kita tidak mendalami Islam maka wujudlah unsur keterpaksaan dalam diri apabila disuruh sembahyang atau mengerjakan ibadah lain seperti puasa dan sebagainya.Bila tak ikhlas,makin menginjak usia,mulalah muncul isu murtad dan sebagainya.Sebab kita buat kerna disuruh dan bukan atas dasar kasih dan cinta kita kepada Allah.Dah 2 kali saya tekankan isu murtad kan???Nak tahu kenapa???Akan dibincangkan dalam topik lain.Sebenarnya tapak dan asas seorang muslim patut dibina sejak kecil.Samalah seperti sebatang pokok,kalau kita nak pokok tu kukuh kenalah berakar tunjang dan akar tunjang tu akan muncul selepas kita siram dan tabur baja.Barulah pokok tu akan subur.Air,baja dan udara adalah keperluan asas yang diperlukan sebatang pokok supaya ia sentiasa subur.Macam tulah iman kita.Selepas dibina asas ia perlu sentiasa disuburi secara berterusan supaya ia tak mati.

Rasulullah saw. bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.”

Sunday, September 13, 2009

Iftar

With Hanis and Zai


Apam,Onie and Farah


Iftar ramai-ramai setelah penat seharian dgn pelbagai aktiviti

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya :siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan niscaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Schedule for this week




Monday
1. Lab TDM(going to be a long hours) - not that long after all
2. Kelas IBM

Tuesday
1. Kelas Dr.Meena (habisla!!)
2. TEST IBM!!
3. Kengkawan datang iftar kat rumah

Wednesday
1. Kelas Mr Ahmad
2. Kelas Mr Anwar
3. Packing untuk balik raya (apa nak bawak balik ni selain dari 3 ekor kucing???)

Thursday
1. Tak sure kena gi lab atau tak
2. Balik rumah

Baitul Muslim


Mungkin bila diperkatakan ttg isu ni,ramai yang dah tahu, apa yg dimaksudkan dgn baitul muslim.Tapi berapa ramai dari kita yang ambil berat ttg isu ni??Terutamanya anak muda sekarang.Isu couple dah tak larat nak sebut.Cuma nak cerita sikit,ttg long term impact.Konsep anak muda zaman sekarang,kalau nak kahwin kena bercinta dulu,kononya nak kenal hati budi(time ni la keluar dating atau bergayut telefon 24 jam).Alasannya kalau tak kenal hati budi macam mana nak tinggal serumah.Tapi,adakah dgn bergayut atau keluar dating 24 jam tu kita dah boleh kenal hati budi seseorang???Cukupkah dgn itu semua???Kalau betul, macam mana boleh timbul isu bercinta 10 tahun tapi bila kahwin tahan 10 hari je??10 tahun tu tak cukup ke nak kenal hati budi seseorang??Sebenarnya,kita tak akan tahu atau kenal seseorang dgn sebenar-benarnya unless kita tinggal serumah(bukan nak suruh pi pindah duduk serumah ye),jadi buruk-baik seseorang itu,Allah maha mengetahui sama ada dia baik untuk kita atau tidak.Insya Allah kalau kita serahkan pada Allah, pilihan itulah yang paling tepat.Nampak macam mustahil kan???Kalau tak kenal macam mana nak duduk serumah??Seringkali saya diajukan soalan sebegini,di sinilah letaknya keyakinan kita pada Allah.DIA adalah pencipta kita maka DIA lebih tahu siapa yg terbaik buat kita.Selepas kita berusaha (cari jodoh),kita serahkan pada ALLAH yang selebihnya, sama ada pilihan itu tepat atau tidak.Kadang-kadang,kita ikutkan kata hati kerana mahukan seseorang itu menjadi pasangan kita,kita tak kira sama ada dia tepat atau tidak.Bila lihat sahabat-sahabat di sekeliling,pernah juga suarakan pendapat tapi yang sering dijawab balik "mana kau tahu,kau kan tak pernah bercinta".Macam pelik sangat bunyinya.Sebagai manusia kita semua mempunyai fitrah yg ALLAH ciptakan tapi apa yang penting ialah untuk mengawal diri kita.Alhamdulillah,sampai hari ini ALLAH pelihara dari benda-benda yg tidak elok.Biarlah apa orang kata,I will stand to what I believe.
Ok, nak cerita natijah nya pulak.Sekarang ni kes cerai sangat tinggi.Pasangan yang bercinta bagai nak rak ni,bila bercerai, bergaduh bagai nak rak pulak.Kat sini, yg tersepit kat tgh-tgh ialah anak-anak.Bila runtuhnya institusi kekeluargaan, effectnya pada anak-anak amat besar.Kat sinilah berlaku pengabaian terutamanya dalam memberi didikan rohani kepada mereka.Sekarang ni kita tgk kes sosial sgt teruk.Especially di kalangan umat Islam.Bila tgk keadaan mereka, rasa kesian sebab mereka jahil.Kalau mereka tahu ttg api neraka jahanam tentu mereka tak buat macam ni kan??Atau, adakah mereka fikir neraka,hari kiamat adalah satu mitos??Nauzubillah....Yang paling menakutkan sekarang ialah apabila mereka tidak faham tentang konsep Islam,kata-kata dan perbuatan mereka boleh menjuruskan kepada syirik atau murtad.Itu lebih menakutkan.Insya Allah nak cari pasal kes-kes murtad di Malaysia so that kita boleh share sama-sama.

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula." (An Nur: 26)


Saturday, September 12, 2009

PH210




Kengkawan PH210

Masih ingat masa zaman diploma dulu,macam mana agak 'rilek' dan 'santai'nya belajar.Lepas dua tahun,praktikal kat hospital Queen Elizabeth.Masa tu baru rasa camne penatnya bekerja. After 1 year dapat offer kat SUnway Medical Centre.Beberapa bulan pertama mmg agak payah sebab banyak benda nak kena catch up dalam masa sekejap.Kena hafal nama ubat,letak kat mana,signature doktor,dosage ubat and masa tu juga kena masuk CDR.Mmg rasa penat sangat.Kerja hari isnin sampai sabtu.After 6 months mula rindu nak belajar balik.Excited habis bila dapat offer masuk degree.1st year degree masih ok, but towards the end ni, kengkadang patah semangat pun ada.....tapi tetap cuba kuatkan semangat untuk terus berdiri.Mula rasa rindu nak kerja balik.Now i realize yang kita manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada dan kita suka menyesal.I want to thank ayah, sebab kalau ayah tak bertegas untuk halang aku keluar dari UiTM, I won't be where i am right now.Kita merancang masa depan kita,tapi Allah punya rancangan sendiri untuk kita.Yang paling terbaik untuk kita.i do not want to turn back.I will try to stay strong and be optimistic.Dalam life kita takleh asyik berpaling ke belakang.easier to be said then done,right??Tapi kita boleh cuba yang terbaik.Mulai hari ini tekadkan hati dan kuatkan semangat.

Ulama' Vs Pramugari

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki kedalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja.) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.