Pages

Saturday, May 28, 2011

Semalam keluar dengan zainab,anis dan dayah.Kita orang berempat pergi tengok Kungfu Panda.Aku saja nak hiburkan hati.Aku tahu itu bukan cara terbaik but i need some laughing to lighten my heart.Minggu yang sibuk dan dipenuhi dengan segala perkara yang menyesakkan dadaku.Alhamdulillah,zai sentiasa ada di sisi.Sebenarnya,malu pun ada.Sepanjang di JB,adik dia sentiasa ada dengan dia untuk membantu sedangkan semasa di KL,aku terpaksa menyusahkan dia walaupun ada adik sendiri di sana.Minta tolong dengan adik sendiri macam minta sedekah.Mungkin kedengaran seperti kakak yang teruk kerana memburukkan adik sendiri tapi hakikatnya memang seperti itu.Sudah lebih 2 tahun,aku sudah buang dia dari hidupku,dalam badan kami,mengalir darah yang sama,hanya itu.Kami sepatutnya menjadi adik beradik yang rapat selepas melalui pelbagai peristiwa,tapi ternyata selepas masuk universiti segala-segalanya berubah.Mula-mula aku sedih,tapi sekarang aku belajar untuk keraskan hati.Hubungan yang ada sekarang hanya kerana ayahku dan tak lebih dari itu.Sikap angkuh dan pentingkan diri dia pada aku tak pernah aku lupa.Tak sangka adik yang aku jaga dari kecil boleh bersikap sebegitu rupa.Sekarang dia dah punya keluarga sendiri,kami lagilah tak beri apa-apa makna pada dia.Aku jadi geram bila dia tak pernah dimarah untuk kesalahan-kesalahan yang dia buat tapi aku selalu jadi mangsa kemarahan untuk kesalahan yang aku tak buat.Buat aku,tak ada lagi peluang untuk dia.Pintu hati aku dah tertutup rapat untuk dia.Untuk melihat dia berubah seperti mimpi.Paling bagus bila isteri dia mengambil kesempatan atas keretakan hubungan kami,bukan membantu memulihkan,malah menjauhkan.Tak kisahlah apa yang korang nak buat sebab Allah maha Mengetahui.Sekali lagi aku ingatkan buat yang membaca,bukan aku nak buka pekung di dada,tapi aku puas dapat menulis di sini.Terlalu banyak yang aku simpan sendiri.

2 comments:

  1. u guys should be rapat sbb lalui segala susah pyh bersama esp when u really take care of him masa dtg kl..ingat lg 1st time jmp kt micasa kan keluar mkn kt victoria n also u really take care of him coz he's having heart prob..

    skjp aje berubah..maybe suasana kt uni dgn kwn2 yg mempengaruhi perhaps juga cara utk melepaskn diri..dgn keadaan isteri yg tak membantu..hrmm takpelaa kekdg isteri lebih diutamakan dr family sdri..lumrahlaaa...

    takpela..don't be sad..ada hikmah u r station in south..and perhaps d best one for u is not to be in KL..

    be strong..byk lg cabaran yg menanti..take it easy and not too stress out k..

    ReplyDelete
  2. Thanks kak yana.Thank you for being a good friend.Insya Allah akan cuba sentiasa optimistik. Walaupun dah hilang adik, Alhamdulillah masih ada kawan-kawan yang layan huda macam adik-beradik, termasuk akak sendiri.Masih punya makcik-makcik yang ambil berat.Terima kasih sebab tak pernahlupakan Huda.

    ReplyDelete