Morally and spiritually strengthened to face the challenges of modern society, especially the changing economy
Thursday, January 28, 2010
Rasa mengalah....
Ya Allah, aku tak tahu pada siapa aku boleh bercerita tentang bebanan yang aku lalui saat ini.Hanya pada Mu tempat aku mengadu.Selain daripada blog ni, tak terluah rasanya isi hatiku ini pada insan-insan lain.Aku rasa agak berat untuk bercerita sebab aku tak pasti sama ada orang lain boleh faham situasi ini.Dulu, aku yakin yang aku boleh hidup dengan keadaan seperti ini.Tapi bila dah besar baru aku rasa apa yang aku tak pernah miliki selama ini.Kadang-kadang aku bertanya sendiri, kalau selama ini aku boleh melaluinya kenapa tak sekarang.Pada mata orang lain, aku seolah-olah memiliki segalanya.Allah maha Adil, ada kekurangan yang aku miliki.Ya Allah, aku mahu menjadi hamba Mu yang sabar, tabah dan kuat.Aku akan cuba untuk terus berdiri tanpa goyah dengan kekuatan dari Mu.
Wednesday, January 27, 2010
Kenangan

Gambar kali terakhir bersama Sinchan. Moga aku boleh move on tanpa selalu teringat-ingatka n dia.Aku redha cuma setiap kali menyebut atau teringatkan dia, air mata aku pasti berlinang.Hari-hari aku tgk video yang aku buat untuk dia (xleh nak upload kat sini).Aku tak sangka rasa kehilangan ini begitu menyakitkan aku.Mungkin sebab sinchan sahabat yang setia bersama aku selama ini. Dan aku pasti kehilangan yang bakal aku lalui akan lebih menyakitkan. Saat ini aku rasa agak rungsing, aku dikelilingi oleh ramai manusia tapi aku masih rasa kosong.Seperti ada sesuatu yang hilang.
Monday, January 25, 2010
Sinchan dalam kenangan


Pagi tadi ayah bgtau yang Sinchan dah mati dua minggu lepas. Aku agak terkejut dgn berita tu. Memang aku tau dia sakit tapi aku tak sangka yang dia dah mati sebab ayah tak cakap apa-apa pada aku. aku memang teringatkan dia cuma aku ingat dia ok. Bila aku tanya khabar dia dari ayah berita sebaliknya yang aku terima. Aku tersangat sedih. Sinchan adalah kawan baik aku.nAku masih ingat masa mula-mula aku dapat dia dulu.Masa tu tuan dia dah tak nak dia lagi. Masa dia datang kat aku keadaan dia nampak terabai. Walaupun rupa dia tak terurus tapi first impression aku pada dia ialah dia kucing yang sangat baik.Kali pertama aku nampak dia, dia tegur aku. Mula pada saat tu dia jadi kawan baik aku. Kedatangan dia dalam keluarga aku tak menjadi masalah kerana dia kucing yang senang diurus, tak banyak kerenah dan boleh bercampur dengan mana-mana kucing pun.Matanya yang bulat berwarna jingga mampu memikat sesiapapun. Semakin lama badan dia semakin besar.Dia jadi sangat malas but still aku sayang pada dia. Bila dia makin tua, banyak kerenah dia.Dan aku tahu dia sayangkan smokey dari mula-mula smokey tinggal dengan kami sampailah smokey besar. Bila pindah ke Puncak Alam aku tak boleh nak bawa dia dengan Kitty sebab diorang dah tua dan kat sini tak ada vet. At least bila diorang duduk dengan ayah, senang ayah nak bawa ke klinik. Ada kawan-kawan aku yang cakap aku buang dia sebab dia dah tua. Aku tak kisahlah sebab orang memang suka bercakap. Keadaan dia okey je sebelum ayah pergi Haji.Dia mula kurus masa ayah balik dari Mekah. Badan dia susut mendadak.Tinggal tulang je. Bila bawa pergi vet, doktor kata dia tunggu masa je sebab dia dah tua sangat. Dalam banyak-banyak kucing yang aku bela, dia lah kucing yang baik, yang suka give in. Satu attitude dia yang aku akan ingat ialah dia suka membebel especially bila dia dah tua.He will always remain in my heart.
Semalam....
Semalam
Terukir peristiwa silam
Kenangan tak bisa terpadam
Ku terkenang oh semalam
Sedetik
Ku singkapi tirai memori
Saat duga tiba menguji
Oh semalam telah pergi
Tuhan
Ampunkan segala dosa-dosa
Moga hari esok ku lebih sempurna
Semalam
Ku meniti jalanan suram
Hampir ku hanyut dan tenggelam
Ku tinggalkan oh semalam
Ku tinggalkan semalam
Tuhan
Ampunkan segala dosa-dosa
Moga hari esok ku lebih sempurna
Semalam
Ku meniti jalanan suram
Hampir ku hanyut dan tenggelam
Ku tinggalkan oh semalam
Ku tinggalkan semalam
Kian menjauh dan semalam terus menjauh
Takkan ku berpaling lagi
Kerna semalam pergi
Terukir peristiwa silam
Kenangan tak bisa terpadam
Ku terkenang oh semalam
Sedetik
Ku singkapi tirai memori
Saat duga tiba menguji
Oh semalam telah pergi
Tuhan
Ampunkan segala dosa-dosa
Moga hari esok ku lebih sempurna
Semalam
Ku meniti jalanan suram
Hampir ku hanyut dan tenggelam
Ku tinggalkan oh semalam
Ku tinggalkan semalam
Tuhan
Ampunkan segala dosa-dosa
Moga hari esok ku lebih sempurna
Semalam
Ku meniti jalanan suram
Hampir ku hanyut dan tenggelam
Ku tinggalkan oh semalam
Ku tinggalkan semalam
Kian menjauh dan semalam terus menjauh
Takkan ku berpaling lagi
Kerna semalam pergi
Lagu ni memang tepat menggambarkan apa yang aku rasa saat ini.
Sunday, January 24, 2010
Life is Rollercoaster
Sejak kebelakangan ni, aku senang mengalirkan air mata.mungkin kerana beban perasaan yang melanda.Aku rasa berdosa kerana mengalirkan air mata kerana dunia dan bukan kerana mengenangkan dosa-dosa aku sebagai hambaNya di muka bumi ni.Aku cuba dan mahu terus kuat.sekuat Aisyah dan setabah Fatimah.Tapi kadang aku tewas dengan perasaan sendiri.Mungkin ini cabaran yang aku harus tempuhi bila aku membuka lembaran baru dalam hidupku.Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada, jauh sekali mengeluh atas apa yang terjadi tapi aku perlu lebih tegas dalam mencorak kehidupanku kelak.Aku tidak mencari kebebasan tetapi sedikit ruang untuk aku melakarkan kehidupanku sendiri. Aku perlu terus melangkah walau aku dah mula nampak ranjau yang bakal aku tempuhi yang aku damba hanya sokongan dan bimbingan.Andainya itu tak mampu aku miliki, redha Allah sudah mencukupi bagiku.
Friday, January 22, 2010
Maaf yang tak terhingga....

Hari ini berlaku sesuatu yang di luar dugaan aku.Tengahari tadi aku keluar dengan zai.Kali ni aku menggunakan jalan Meru Tambahan.Biasanya aku akan lalu Jalan BAtu Arang.Aku memandu seperti biasa, tak laju pun...kiranya dalam kelajuan sederhana.Aku cuma pandang straight ke depan.Tiba-tiba aku dengar zai mumbling kat sebelah.Dia kata ada monyet kat tepi jalan.Aku memang tak nampak seekor monyet pun.Zai kata xpe boleh jalan sebab monyet tu berhenti.Aku pun teruskan pemanduan.Tiba-tiba zai menjerit cakap monyet tu melintas.Aku terus brek,tapi malangnya dah terlambat.Aku dapat rasa yang aku langgar sesuatu tapi aku tak boleh berhenti sebab kereta kat belakang laju.Dalam hati aku berdoa yang aku tak langgar monyet tu.Aku harap yang aku hanya langgar bonggol jalan.Aku berpatah balik sbb nak tgk kalau-kalau aku boleh selamatkan monyet tu.Tapi bila aku patah balik monyet tu dah terburai isi perutnya.Aku rasa bersalah teramat sangat.Lepas tu hilang selera makan.Aku rasa xde mood sebab asyik terbayang saat aku langgar monyet tu....
Thursday, January 21, 2010
Back pain......Allahu Akbar
My back pain is killing me...again.This is my third week of class and i notice that i had this back pain quite regular for this past few weeks.I need to find cure for this as it distract my daily activities.I am considering about acupuncture or a new homeopathy treatment (which the name was quite difficult to be remembered!)But i'm still considering of the options that i have. May i find the cure with Allah's will as it has been said in the al-Quran that every diseases can be cured except for death.
Subscribe to:
Posts (Atom)