Pages

Sunday, January 24, 2010

Life is Rollercoaster

Sejak kebelakangan ni, aku senang mengalirkan air mata.mungkin kerana beban perasaan yang melanda.Aku rasa berdosa kerana mengalirkan air mata kerana dunia dan bukan kerana mengenangkan dosa-dosa aku sebagai hambaNya di muka bumi ni.Aku cuba dan mahu terus kuat.sekuat Aisyah dan setabah Fatimah.Tapi kadang aku tewas dengan perasaan sendiri.Mungkin ini cabaran yang aku harus tempuhi bila aku membuka lembaran baru dalam hidupku.Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada, jauh sekali mengeluh atas apa yang terjadi tapi aku perlu lebih tegas dalam mencorak kehidupanku kelak.Aku tidak mencari kebebasan tetapi sedikit ruang untuk aku melakarkan kehidupanku sendiri. Aku perlu terus melangkah walau aku dah mula nampak ranjau yang bakal aku tempuhi yang aku damba hanya sokongan dan bimbingan.Andainya itu tak mampu aku miliki, redha Allah sudah mencukupi bagiku.

No comments:

Post a Comment