Pages

Monday, January 25, 2010

Sinchan dalam kenangan



Pagi tadi ayah bgtau yang Sinchan dah mati dua minggu lepas. Aku agak terkejut dgn berita tu. Memang aku tau dia sakit tapi aku tak sangka yang dia dah mati sebab ayah tak cakap apa-apa pada aku. aku memang teringatkan dia cuma aku ingat dia ok. Bila aku tanya khabar dia dari ayah berita sebaliknya yang aku terima. Aku tersangat sedih. Sinchan adalah kawan baik aku.nAku masih ingat masa mula-mula aku dapat dia dulu.Masa tu tuan dia dah tak nak dia lagi. Masa dia datang kat aku keadaan dia nampak terabai. Walaupun rupa dia tak terurus tapi first impression aku pada dia ialah dia kucing yang sangat baik.Kali pertama aku nampak dia, dia tegur aku. Mula pada saat tu dia jadi kawan baik aku. Kedatangan dia dalam keluarga aku tak menjadi masalah kerana dia kucing yang senang diurus, tak banyak kerenah dan boleh bercampur dengan mana-mana kucing pun.Matanya yang bulat berwarna jingga mampu memikat sesiapapun. Semakin lama badan dia semakin besar.Dia jadi sangat malas but still aku sayang pada dia. Bila dia makin tua, banyak kerenah dia.Dan aku tahu dia sayangkan smokey dari mula-mula smokey tinggal dengan kami sampailah smokey besar. Bila pindah ke Puncak Alam aku tak boleh nak bawa dia dengan Kitty sebab diorang dah tua dan kat sini tak ada vet. At least bila diorang duduk dengan ayah, senang ayah nak bawa ke klinik. Ada kawan-kawan aku yang cakap aku buang dia sebab dia dah tua. Aku tak kisahlah sebab orang memang suka bercakap. Keadaan dia okey je sebelum ayah pergi Haji.Dia mula kurus masa ayah balik dari Mekah. Badan dia susut mendadak.Tinggal tulang je. Bila bawa pergi vet, doktor kata dia tunggu masa je sebab dia dah tua sangat. Dalam banyak-banyak kucing yang aku bela, dia lah kucing yang baik, yang suka give in. Satu attitude dia yang aku akan ingat ialah dia suka membebel especially bila dia dah tua.He will always remain in my heart.

No comments:

Post a Comment