Pages

Wednesday, March 17, 2010

Hospital oh Hospital

Musim ke hospital kini kembali. Kali ni aku dan zai dapat hospital yang sama (Unseparable),hospital kajang. Sebelum ke hospital macam-macam cerita yang didengar tentang keadaan kat sana. Dalam kepala, macam-macam bayangan bermain di fikiran. Never thought that thing will get even worse, kami sesat di hari pertama sebab pakcik bas tak tahu jalan. HUHU...hospital kajang sangatlah comel.Kat depan hospital kajang ada metro point.Sangatlah tak sesuai untuk budak-budak UiTM. Pastu time balik lak, pakcik bas sesat lagi.huhu....Bermula hari yg agak x berapa best sebab kena keluar rumah 6.20 and speed keta masuk UiTM.Pastu sampai rumah lak dah pukul 7.30.Tak terkata penatnya.But this is experience......and i will cherish this moment

Tuesday, March 2, 2010

Reception

Setelah lama menyepi baru berpeluang nak update blog nih.Kebelakangan ni sibuk dengan bermacam acara.Bermula dengan kenduri akad,lawatan ke PD dan majlis resepsi yang diadakan di masjid Wilayah.Lama dah keluarga kami tak mengadakan kenduri.So,keadaan agak kelam kabut sikit.Masih banyak kekurangan tapi Alhamdulillah semuanya dalam keadaan lancar.Sahabat-sahabatku datang membantu dan menjayakan kenduri ini.Terima kasih banyak-banyak.Terima kasih banyak-banyak pada tetamu yang memeriahkan majlis ini.

Tuesday, February 16, 2010

Wedding

Hari ni baru berpeluang untuk buka blog selepas melalui hari-hari yang memenatkan.Adik selamat dinikahkan dengan Maziyah pada 12hb 2 2010.Kami memulakan perjalanan kami pada hari Jumaat seawal jam 5.30 pagi.Selepas solat subuh, baru masuk highway menghala ke utara.Keluar awal sebab nak elak heavy traffic.Dalam pukul 8 sampai ke Tapah, singgah breakfast kejap.Ramainya manusia kat situ.Lepas tu aku take over drive sampai ke Kepala Batas.Dalam kereta penuh dengan barang hantaran.Kami sampai ke Kepala Batas dalam pukul 11 lebih(aku bawak laju..hihihi).Sesat gak nak cari Hotel Seri Malaysia kat situ.Kami semua berkumpul kat situ dan prepare barang hantaran untuk malam nanti.Nampak macam dah siap tapi to the last minute ada je nak ditambah.Malam tu tepat jam 8.30 adik selamat diijabkabulkan dengan 2 kali lafaz.Kami menerima ahli baru dalam keluarga.Malam tu lepas balik dari majlis,sambung lagi buat hantaran.Ada yang stay up sampai pukul 1.30 pagi.Esoknya kami terus check out untuk kenduri perempuan.Masa semua ni berlangsung, macam-macam yang bermain dalam fikiran aku.And one thing that i wish,bila aku kahwin semua ahli keluarga aku yang lain boleh ada sama-sama .I really wish that will happen during my big day.

Thursday, February 4, 2010

Semester Terakhir




Tanpa disedari masa berlalu dengan begitu pantas.Sedar-sedar je dah masuk sem terakhir.Kali ni aku ngan kengkawan merancang untuk buat banyak benda bersama-sama.Aktiviti yang agak biasa adalah keluar makan bersama.This is the last time yang kami boleh berkumpul ramai-ramai.Rasa sedih gak.Sebab tu kami nak gunakan masa yang ada dengan sebaiknya.

Kita orang gi main bowling kat sunway pyramid.Yang bestnya Pn.Hydiana dapat ikut sama!!!nilah 1st time dia join kita orang sejak lepas kawin.

Thursday, January 28, 2010

Rasa mengalah....

Ya Allah, aku tak tahu pada siapa aku boleh bercerita tentang bebanan yang aku lalui saat ini.Hanya pada Mu tempat aku mengadu.Selain daripada blog ni, tak terluah rasanya isi hatiku ini pada insan-insan lain.Aku rasa agak berat untuk bercerita sebab aku tak pasti sama ada orang lain boleh faham situasi ini.Dulu, aku yakin yang aku boleh hidup dengan keadaan seperti ini.Tapi bila dah besar baru aku rasa apa yang aku tak pernah miliki selama ini.Kadang-kadang aku bertanya sendiri, kalau selama ini aku boleh melaluinya kenapa tak sekarang.Pada mata orang lain, aku seolah-olah memiliki segalanya.Allah maha Adil, ada kekurangan yang aku miliki.Ya Allah, aku mahu menjadi hamba Mu yang sabar, tabah dan kuat.Aku akan cuba untuk terus berdiri tanpa goyah dengan kekuatan dari Mu.

Wednesday, January 27, 2010

Kenangan


Gambar kali terakhir bersama Sinchan. Moga aku boleh move on tanpa selalu teringat-ingatka n dia.Aku redha cuma setiap kali menyebut atau teringatkan dia, air mata aku pasti berlinang.Hari-hari aku tgk video yang aku buat untuk dia (xleh nak upload kat sini).Aku tak sangka rasa kehilangan ini begitu menyakitkan aku.Mungkin sebab sinchan sahabat yang setia bersama aku selama ini. Dan aku pasti kehilangan yang bakal aku lalui akan lebih menyakitkan. Saat ini aku rasa agak rungsing, aku dikelilingi oleh ramai manusia tapi aku masih rasa kosong.Seperti ada sesuatu yang hilang.

Monday, January 25, 2010

Sinchan dalam kenangan



Pagi tadi ayah bgtau yang Sinchan dah mati dua minggu lepas. Aku agak terkejut dgn berita tu. Memang aku tau dia sakit tapi aku tak sangka yang dia dah mati sebab ayah tak cakap apa-apa pada aku. aku memang teringatkan dia cuma aku ingat dia ok. Bila aku tanya khabar dia dari ayah berita sebaliknya yang aku terima. Aku tersangat sedih. Sinchan adalah kawan baik aku.nAku masih ingat masa mula-mula aku dapat dia dulu.Masa tu tuan dia dah tak nak dia lagi. Masa dia datang kat aku keadaan dia nampak terabai. Walaupun rupa dia tak terurus tapi first impression aku pada dia ialah dia kucing yang sangat baik.Kali pertama aku nampak dia, dia tegur aku. Mula pada saat tu dia jadi kawan baik aku. Kedatangan dia dalam keluarga aku tak menjadi masalah kerana dia kucing yang senang diurus, tak banyak kerenah dan boleh bercampur dengan mana-mana kucing pun.Matanya yang bulat berwarna jingga mampu memikat sesiapapun. Semakin lama badan dia semakin besar.Dia jadi sangat malas but still aku sayang pada dia. Bila dia makin tua, banyak kerenah dia.Dan aku tahu dia sayangkan smokey dari mula-mula smokey tinggal dengan kami sampailah smokey besar. Bila pindah ke Puncak Alam aku tak boleh nak bawa dia dengan Kitty sebab diorang dah tua dan kat sini tak ada vet. At least bila diorang duduk dengan ayah, senang ayah nak bawa ke klinik. Ada kawan-kawan aku yang cakap aku buang dia sebab dia dah tua. Aku tak kisahlah sebab orang memang suka bercakap. Keadaan dia okey je sebelum ayah pergi Haji.Dia mula kurus masa ayah balik dari Mekah. Badan dia susut mendadak.Tinggal tulang je. Bila bawa pergi vet, doktor kata dia tunggu masa je sebab dia dah tua sangat. Dalam banyak-banyak kucing yang aku bela, dia lah kucing yang baik, yang suka give in. Satu attitude dia yang aku akan ingat ialah dia suka membebel especially bila dia dah tua.He will always remain in my heart.