Pages

Tuesday, February 16, 2010

Wedding

Hari ni baru berpeluang untuk buka blog selepas melalui hari-hari yang memenatkan.Adik selamat dinikahkan dengan Maziyah pada 12hb 2 2010.Kami memulakan perjalanan kami pada hari Jumaat seawal jam 5.30 pagi.Selepas solat subuh, baru masuk highway menghala ke utara.Keluar awal sebab nak elak heavy traffic.Dalam pukul 8 sampai ke Tapah, singgah breakfast kejap.Ramainya manusia kat situ.Lepas tu aku take over drive sampai ke Kepala Batas.Dalam kereta penuh dengan barang hantaran.Kami sampai ke Kepala Batas dalam pukul 11 lebih(aku bawak laju..hihihi).Sesat gak nak cari Hotel Seri Malaysia kat situ.Kami semua berkumpul kat situ dan prepare barang hantaran untuk malam nanti.Nampak macam dah siap tapi to the last minute ada je nak ditambah.Malam tu tepat jam 8.30 adik selamat diijabkabulkan dengan 2 kali lafaz.Kami menerima ahli baru dalam keluarga.Malam tu lepas balik dari majlis,sambung lagi buat hantaran.Ada yang stay up sampai pukul 1.30 pagi.Esoknya kami terus check out untuk kenduri perempuan.Masa semua ni berlangsung, macam-macam yang bermain dalam fikiran aku.And one thing that i wish,bila aku kahwin semua ahli keluarga aku yang lain boleh ada sama-sama .I really wish that will happen during my big day.

No comments:

Post a Comment