Pages

Sunday, June 20, 2010

26 tahun

Alhamdulillah.Hari ni genaplah umurku 26 tahun. Bersyukur kerna Allah masih memanjangkan usia ku hingga ke saat ini.Pertambahan usiaku mengingatkan daku bahawa detik kematian makin menghampiri.Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengingati hari ini.Semoga doa kalian akan menjadi azimat supaya aku tabah dan terus maju ke hadapan.Semoga pertambahan usia ini menjadikan aku lebih matang serta bijak menguruskan kehidupanku kelak.Yang istimewanya kerana tahun ini, Father's Day jatuh pada hari yg sama.Yang menyedihkan aku kerna ayah kak yana telah pergi menghadap Illahi semalam.Dia adalah orang yang pertama yang wish aku dan sedih aku membaca sms yang dikirim bila dia menyatakan bahawa 18,19 dan 20 Jun adalah hari yang dia tak akan lupa setiap tahun,besday Emran,hari pemergian arwah dan hari jadi aku.Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Hari ini aku mengambil peluang untuk merenung hidup aku dan aku memohon kepada Allah supaya usia yang Allah beri tidak akan aku sia-siakan.Insya Allah,yang pasti aku tahu arah tuju hidupku dan apa yang aku mahu dalam kehidupan.Insya Allah,semoga ia menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment