Pages

Sunday, June 13, 2010

Hari yang Menggembirakan


10 Jun 2010 ialah hari di mana result telah diumumkan secara rasmi. Buat pelajar semester akhir ianya adalah hari yang bersejarah menentukan bahawa kami bakal bergelar graduan atau tidak.Alhamdulillah,aku merasa sangat-sangat bersyukur kerana secara rasmi aku telah bergelar graduan,pemegang Bachelor(Hons) of Pharmacy.Tak ada kata-kata yang dapat menggambarkan kegembiraan aku.Ayah adalah antara orang yang paling gembira.Begitu juga mak ina dan mak idah.Dalam kegembiraan,aku tumpang bersedih mendengar berita ada kawan-kawanku yang masih tersangkut.Semuanya gara-gara paper Ethics.Bersabarlah kawan-kawanku,mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Sekarang ni kami semua sedang menanti surat posting yang pastinya akan mengundang debaran memikirkan ke mana kami akan dicampakkan.huhu...sabarlah hati.

No comments:

Post a Comment