Pages

Tuesday, May 31, 2011

Hari-hari yang Mendatang

Lelah rasanya bila memikirkan hari-hari yang mendatang<

1 Jun = bagi talk pasal renal
2 Jun=Presentation TDM
7 Jun=presentation ward
9 Jun=assessment DIS
16 Julai=tarikh menghantar buku log
In between ada banyak assessment yang aku kena lalui....
Badan dah rasa nak demam-demam dah.Pagi tadi bangun dah rasa lain macam.Aku gagahkan juga melangkah.Sebelum ke tempat kerja aku telan vitamin C dua biji,dengan harapan semoga ini dapat membantu.Alhamdulillah,aku tak apa-apa cuma rasa tak selesa sepanjang hari.Ikutkan hati rasa nak balik je tapi sebab banyak sangat kerja-kerja yang tertangguh perlu disiapkan.

Sunday, May 29, 2011

Album :
Munsyid : AlarmMe
http://liriknasyid.com


Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

Ini adalah bait-bait lagu nasyid yang sering aku dengari.Ia memberi peransang kepada aku untuk menguatkan semangat menghadapi dugaan.Bila sedih,aku suka dengar nasyid ini. Doa aku semoga iman aku yang senipis kulit bawang ini tidak akan ditarik.Semoga hidayah Allah akan sentiasa bersama aku.Tak lupa juga untuk semua ahli keluarga aku walau di mana mereka berada.

Saturday, May 28, 2011

Semalam keluar dengan zainab,anis dan dayah.Kita orang berempat pergi tengok Kungfu Panda.Aku saja nak hiburkan hati.Aku tahu itu bukan cara terbaik but i need some laughing to lighten my heart.Minggu yang sibuk dan dipenuhi dengan segala perkara yang menyesakkan dadaku.Alhamdulillah,zai sentiasa ada di sisi.Sebenarnya,malu pun ada.Sepanjang di JB,adik dia sentiasa ada dengan dia untuk membantu sedangkan semasa di KL,aku terpaksa menyusahkan dia walaupun ada adik sendiri di sana.Minta tolong dengan adik sendiri macam minta sedekah.Mungkin kedengaran seperti kakak yang teruk kerana memburukkan adik sendiri tapi hakikatnya memang seperti itu.Sudah lebih 2 tahun,aku sudah buang dia dari hidupku,dalam badan kami,mengalir darah yang sama,hanya itu.Kami sepatutnya menjadi adik beradik yang rapat selepas melalui pelbagai peristiwa,tapi ternyata selepas masuk universiti segala-segalanya berubah.Mula-mula aku sedih,tapi sekarang aku belajar untuk keraskan hati.Hubungan yang ada sekarang hanya kerana ayahku dan tak lebih dari itu.Sikap angkuh dan pentingkan diri dia pada aku tak pernah aku lupa.Tak sangka adik yang aku jaga dari kecil boleh bersikap sebegitu rupa.Sekarang dia dah punya keluarga sendiri,kami lagilah tak beri apa-apa makna pada dia.Aku jadi geram bila dia tak pernah dimarah untuk kesalahan-kesalahan yang dia buat tapi aku selalu jadi mangsa kemarahan untuk kesalahan yang aku tak buat.Buat aku,tak ada lagi peluang untuk dia.Pintu hati aku dah tertutup rapat untuk dia.Untuk melihat dia berubah seperti mimpi.Paling bagus bila isteri dia mengambil kesempatan atas keretakan hubungan kami,bukan membantu memulihkan,malah menjauhkan.Tak kisahlah apa yang korang nak buat sebab Allah maha Mengetahui.Sekali lagi aku ingatkan buat yang membaca,bukan aku nak buka pekung di dada,tapi aku puas dapat menulis di sini.Terlalu banyak yang aku simpan sendiri.

Wednesday, May 25, 2011

Coretan ini....

Coretan-coretan yang aku tulis ke dalam blog ini,tak lain hanyalah tempat untuk aku meluahkan rasa hati kerana aku tak dapat luahkan pada sesiapa.Aku tahu ada pengunjung yang membaca blog ni sekali sekala,dan aku tak tahu siapa.Jangan diharap hasil nukilan yang bombastick dan sebagainya kerna ini hanya luahan hati aku untuk diri sendiri.Mana yang baik jadikan teladan dan mana yang buruk jadikan pengajaran.

Hati-hati dengan kata-kata

Sebenarnya sudah agak lama aku perasan tentang seorang hamba Allah yang kerja sama tempat dengan aku ni.Dia sangatlah baik dengan aku tapi pada masa yang sama dia selalu lepaskan kata-kata seperti aku ni seorang yang keras kepala dan 'mental'.Aku sengaja diamkan diri tapi aku tahu agak tidak logik untuk seseorang yang kenal aku baru dua minggu di tempat kerja boleh berkata begitu pada aku.Aku pasti dia mendengar dari mulut orang lain.Aku paham yang mulut orang tak boleh ditutup tapi tak perlu berpura-pura extra baik dengan aku.aku bukan plastik!!Nak dijadikan cerita,semalam time lunch sekali lagi dia insist kata aku keras kepala depan semua orang.Aku membalas balik kata-katanya sambil hampir-hampir menitis air mata aku.Begitu mudah orang menabur fitnah dan begitu mudah juga untuk orang mempercayai fitnah.Hamba Allah itu terdiam dan tak terkata apa-apa.Aku tak takut kerana aku bukan di pihak yang salah.Aku dianiayai.Sedih rasa hati.Yang aku pelik,masih lagi nak berbaik-baik dengan aku.Hari ni boleh lagi hantar SMS pada aku.Sunggu pelik manusia ini.Sekiranya dia berniat tidak baik,semoga Allah sahaja yang membalasNya.

Monday, May 23, 2011

Buku Log...

Sekarang ni musim semua orang terkejar-kejar untuk menghantar buku log.ini termasuklah aku juga.Sama seperti orang lain,cuma yang senang-senang aku dah di'assess'.Cuma aku risau memikirkan presentation yang menimbun.Time bila nak present?Ni belum lagi termasuk persoalan kat mana aku akan dicampakkan selepas ini.sedihnya rasa hati bila memikirkan part itu.aku tak tahu aku nak kat mana pun.DOa aku,sama seperti yang sebelumnya,semoga Allah beri tempat yang terbaik untuk aku.

Sunday, May 22, 2011

Hati yang Rawan

Hati aku semakin rawan.air mata kunjung tiba tak mengira masa.Bila fikiranku melayang,pasti akan ditemani airmata..akumalu kerana sebagai hambaNya,aku tak mampu mengatasi dugaan yang sekecil ini.Murah sungguh air mata aku.Sabarlah,dan bersabar.itu saja yang mampu aku ucapkan dan pujuk hati ini.Allah sentiasa bersama aku.Hanya aku yang jauh dari Nya.Semoga zikrullah mampu menyembuhkan hati yang sedang berduka ini dan semoga ianya tak menjejaskan kesihatan aku yang sering up and down sejak kebelakangan ini.Hanya padaMu tempat aku memohon..