Pages

Wednesday, January 20, 2010

Thesis oh thesis


Alhamdulillah,thesis ku dah selesai di edit dan print.Kejap lagi nak hantar gi RGV.After this harapnya selesailah segalanya yang berkaitan dengan thesis.Setahun berkurung di dalam lab Life Science dan berulang-alik dari Puncak Alam ke Shah Alam cukup meletihkan aku.Pengalaman yang bagus untuk aku ingati kalau nak consider ambil master.Apa pun, terima kasih banyak-banyak buat En. Syed yang sanggup bersusah payah untuk thesis aku ini.Hanya Allah yang dapat membalas budi baik beliau.

Sunday, January 17, 2010

Kanching Lagi




Semalam ke Kanching lagi sebab temankan ada budak dua orang yang kena tinggal hari tu.Kali ni pergi berlima dan tak pergi lama pun.Kami beli nasi lemak je sebab malas nak masak.Rupa-rupanya zulaimah pernah ada history dengan monyet jadi dia mmg fobia dengan monyet.Terjadilah beberapa aksi menjerit-jerit dan berlari-lari.Agak kelakar.Bila dah tak ada monyet, dia yang laju naik atas.Gambar akan di upload kemudian sbb kat kamera zulaimah and zatil.

Dulu anak,sekarang ayah....

Sebelum ni kita sering disajikan dengan kes-kes buang bayi sama ada yang hidup atau mati.Minggu lepas heboh pulak 2 kes buang ayah kat utara tanah air.Masya Allah,apa nak jadi dengan masyarakat kita ni...Lebih menyedihkan lagi ia adalah perbuatan orang Islam.Kesiannya melihat wajah pakcik-pakcik yang kena tinggal tu.Kes pertama,pakcik ni umur dalam 57 tahun dan baru menjalani pembedahan pintasan jantung ditinggalkan di stesen bas.Kes kedua pulak pakcik ni kena tinggal kat pusat hemodialisis sebab mengalami masalah buah pinggang yang kronik.Anak dia tak datang ambil kat pusat hemodialisis tu.Boleh imagine tak, ayah yang besarkan kita dan bagi kita makan,bila dah tua kita buang diorang.Nauzubillahiminzalik....Tentu sedih dan sebak perasaan pakcik-pakcik tu.Tak ada perasaan betul anak-anak diorang.Binatang pun tak buat macam tu...

Tuesday, January 12, 2010

Sg. Kanching

Sebelum mandi.....

Masa baru sampai, makanan diserbu dahulu..

Air terjun Sg. Kanching

On our way....sempat lg bergambar

Wednesday, January 6, 2010

Pengembaraan Hari Ini

Hari ini kami bertujuh (Mcna,atikah,azilea,hanis,zai,zu and me) telah mengembara ke destinasi yang tidak jauh dari kotaraya tapi kawasannya agak damai dan sedap mata memandang.Keindahan fatamorgana milik Allah kami hayati dengan penuh kekaguman.Destinasi kami ialah Bukit Tinggi.Kawasannya taklah sesejuk Genting (i guess,tak pernah pergi pun) atau cameron highlands.Suhunya agak dingin (umpama aircond pada suhu yang paling tak sejuk) senang katanya just nice...tak panas dan tak sejuk.Hari ni adalah hari ketiga kelas bermula tapi memandangkan takde kelas jadi trip ni dirancang dalam masa yang singkat.Aku rasa agak tenang dan seronok (memandangkan aku perlu relax sekejap).Trip ni tak memakan belanja yang banyak memandangkan kami berkongsi and we even cook for lunch. Aku rasa sedikit lega selepas pulang dari trip ni walaupun agak letih.Insya Allah semoga aku terus diberi peluang untuk menikmati keindahan alam ini.Mana tahu,mungkin ada trip yang seterusnya???

Sunday, January 3, 2010

Kembali ke Puncak Alam....

Alhamdulillah hari ni selamat kembali ke Puncak Alam.Rindu rasanya pada rumah ni.walaupun rumah ni rumah bujang but it's a home.Tempat yang betul-betul aku rasa selesa.Patutnya nak balik awal tapi sebab tunggu ayah tu yang lewat sikit.Ayah sempat pesan'Huda,after this no more ulang-alik damansara and puncak alam.You have to concentrate'.Aku mengiyakan tapi aku tak jamin apa-apa.I'm hoping that i will start my day of final semester with a peace mind.Semoga segala urusanku dan sahabat-sahabat seperjuangan ku dipermudahkan oleh Mu ya Allah.Thinking of final semester,aku bukannya takutkan bagaimana semester ni akan berakhir(not that i'm not worried), tapi aku merasa resah memikirkan apa yang bakal terjadi selepas ini.Allah maha mengetahui segalanya.Allah maha Mendengar segala doa dan rintihanku.

Friday, January 1, 2010

Pain...

Hari ni duduk di rumah je.Tak ke mana-mana.Pagi kemas dapur sesikit pastu terus start masak untuk tengahari.Lepas makan tengahari rasa sakit perut yg teramat sangat.Tak pernah rasa macam tu.Badan berpeluh + nausea + diarrhea and vomitting.Mulanya nak tahan je tanpa makan ubat but then memang dah tak tahan sangat-sangat.Decided to take ponstan 2 biji.After half an hour masih lagi sakit.Rasa tak termampu nak tahan sakit lagi tapi tak larat nak drive ke klinik.Asyik pergi toilet sampai dah tak de apa-apa dalam perut.After few hours bergelumang dengan rasa sakit, at last dapat tido.Lepas bangun rasa sakit dah kurang.I was wondering napa tetiba rasa sakit macam tu?Apa-apa pun mungkin sebahagian dari kifarah dari Allah untuk basuh dosa.Wallahua'lam