Pages

Wednesday, January 6, 2010

Pengembaraan Hari Ini

Hari ini kami bertujuh (Mcna,atikah,azilea,hanis,zai,zu and me) telah mengembara ke destinasi yang tidak jauh dari kotaraya tapi kawasannya agak damai dan sedap mata memandang.Keindahan fatamorgana milik Allah kami hayati dengan penuh kekaguman.Destinasi kami ialah Bukit Tinggi.Kawasannya taklah sesejuk Genting (i guess,tak pernah pergi pun) atau cameron highlands.Suhunya agak dingin (umpama aircond pada suhu yang paling tak sejuk) senang katanya just nice...tak panas dan tak sejuk.Hari ni adalah hari ketiga kelas bermula tapi memandangkan takde kelas jadi trip ni dirancang dalam masa yang singkat.Aku rasa agak tenang dan seronok (memandangkan aku perlu relax sekejap).Trip ni tak memakan belanja yang banyak memandangkan kami berkongsi and we even cook for lunch. Aku rasa sedikit lega selepas pulang dari trip ni walaupun agak letih.Insya Allah semoga aku terus diberi peluang untuk menikmati keindahan alam ini.Mana tahu,mungkin ada trip yang seterusnya???

No comments:

Post a Comment