Pages

Monday, September 14, 2009

Keikhlasan dalam beragama


Kali ni nak share tentang topik yang nampak agak berat tapi antara perkara asas umat Islam. Bila kita tengok isu-isu yang timbul hari ni,malas nak cakap tapi macam biasala isu sosial sekarang ni kan di kalangan umat Islam,pernah tak terfikir macam mana benda ni boleh jadi?Ramai di kalangan anak-anak muda yang tak reti mengaji atau solat tapi mereka orang Islam.Macam mana tu?Kadang-kadang terdetik di hati ni,adakah Islam sekadar menjadi agama warisan dan bukannya agama anutan?Berat tul nak cakap pasal isu ni sebab sendiri pun cetek je ilmu.Agama warisan bermaksud agama itu dipegang kerana ibubapanya adalah dari agama yang sama.Memanglah masa kecil kita dibesarkan dengan berakarkan Islam sebagai agama kita.Tetapi kalau sehingga dewasa kita tidak mendalami dan menghayati Islam,apatah lagi mengamalkannya ia jadi tidak lebih dari warisan sahaja.Bila kita tidak mendalami Islam maka wujudlah unsur keterpaksaan dalam diri apabila disuruh sembahyang atau mengerjakan ibadah lain seperti puasa dan sebagainya.Bila tak ikhlas,makin menginjak usia,mulalah muncul isu murtad dan sebagainya.Sebab kita buat kerna disuruh dan bukan atas dasar kasih dan cinta kita kepada Allah.Dah 2 kali saya tekankan isu murtad kan???Nak tahu kenapa???Akan dibincangkan dalam topik lain.Sebenarnya tapak dan asas seorang muslim patut dibina sejak kecil.Samalah seperti sebatang pokok,kalau kita nak pokok tu kukuh kenalah berakar tunjang dan akar tunjang tu akan muncul selepas kita siram dan tabur baja.Barulah pokok tu akan subur.Air,baja dan udara adalah keperluan asas yang diperlukan sebatang pokok supaya ia sentiasa subur.Macam tulah iman kita.Selepas dibina asas ia perlu sentiasa disuburi secara berterusan supaya ia tak mati.

Rasulullah saw. bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.”

No comments:

Post a Comment