Pages

Sunday, September 13, 2009

Baitul Muslim


Mungkin bila diperkatakan ttg isu ni,ramai yang dah tahu, apa yg dimaksudkan dgn baitul muslim.Tapi berapa ramai dari kita yang ambil berat ttg isu ni??Terutamanya anak muda sekarang.Isu couple dah tak larat nak sebut.Cuma nak cerita sikit,ttg long term impact.Konsep anak muda zaman sekarang,kalau nak kahwin kena bercinta dulu,kononya nak kenal hati budi(time ni la keluar dating atau bergayut telefon 24 jam).Alasannya kalau tak kenal hati budi macam mana nak tinggal serumah.Tapi,adakah dgn bergayut atau keluar dating 24 jam tu kita dah boleh kenal hati budi seseorang???Cukupkah dgn itu semua???Kalau betul, macam mana boleh timbul isu bercinta 10 tahun tapi bila kahwin tahan 10 hari je??10 tahun tu tak cukup ke nak kenal hati budi seseorang??Sebenarnya,kita tak akan tahu atau kenal seseorang dgn sebenar-benarnya unless kita tinggal serumah(bukan nak suruh pi pindah duduk serumah ye),jadi buruk-baik seseorang itu,Allah maha mengetahui sama ada dia baik untuk kita atau tidak.Insya Allah kalau kita serahkan pada Allah, pilihan itulah yang paling tepat.Nampak macam mustahil kan???Kalau tak kenal macam mana nak duduk serumah??Seringkali saya diajukan soalan sebegini,di sinilah letaknya keyakinan kita pada Allah.DIA adalah pencipta kita maka DIA lebih tahu siapa yg terbaik buat kita.Selepas kita berusaha (cari jodoh),kita serahkan pada ALLAH yang selebihnya, sama ada pilihan itu tepat atau tidak.Kadang-kadang,kita ikutkan kata hati kerana mahukan seseorang itu menjadi pasangan kita,kita tak kira sama ada dia tepat atau tidak.Bila lihat sahabat-sahabat di sekeliling,pernah juga suarakan pendapat tapi yang sering dijawab balik "mana kau tahu,kau kan tak pernah bercinta".Macam pelik sangat bunyinya.Sebagai manusia kita semua mempunyai fitrah yg ALLAH ciptakan tapi apa yang penting ialah untuk mengawal diri kita.Alhamdulillah,sampai hari ini ALLAH pelihara dari benda-benda yg tidak elok.Biarlah apa orang kata,I will stand to what I believe.
Ok, nak cerita natijah nya pulak.Sekarang ni kes cerai sangat tinggi.Pasangan yang bercinta bagai nak rak ni,bila bercerai, bergaduh bagai nak rak pulak.Kat sini, yg tersepit kat tgh-tgh ialah anak-anak.Bila runtuhnya institusi kekeluargaan, effectnya pada anak-anak amat besar.Kat sinilah berlaku pengabaian terutamanya dalam memberi didikan rohani kepada mereka.Sekarang ni kita tgk kes sosial sgt teruk.Especially di kalangan umat Islam.Bila tgk keadaan mereka, rasa kesian sebab mereka jahil.Kalau mereka tahu ttg api neraka jahanam tentu mereka tak buat macam ni kan??Atau, adakah mereka fikir neraka,hari kiamat adalah satu mitos??Nauzubillah....Yang paling menakutkan sekarang ialah apabila mereka tidak faham tentang konsep Islam,kata-kata dan perbuatan mereka boleh menjuruskan kepada syirik atau murtad.Itu lebih menakutkan.Insya Allah nak cari pasal kes-kes murtad di Malaysia so that kita boleh share sama-sama.

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula." (An Nur: 26)


No comments:

Post a Comment