Pages

Friday, July 27, 2012

Alhamdulillah...

Hari ini sudah masuk 7 Ramadhan..sepanjang minggu ini aku kelelahan berurusan dengan manusia yang lidah bercabang....Allah sahaja yang tahu betapa penatnya aku berurusan dengan orang ini. Sepanjang minggu aku cuba untuk menahan kesabaran yang hanya senipis kulit bawang ini.

Alhamdulillah, Allah maha Pengasih dan Penyayang. Dia menggerakkan hati bos aku untuk membantu aku. Akhirnya hari ini selesai juga kes aku dan aku dah dapat apa yang aku ingin kan..iaitu KUNCI RUMAH!.



Next step,iaitu minggu depan dan seterusnya ialah operasi berpindah rumah. Kalau ikut rancangan asal,aku nak balik setiap minggu sepanjang bulan puasa memandangkan x ada oncall bulan ini.Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya.

Insya Allah dengan bantuan rakan-rakan,harapnya aku dapat berpindah sepenuhnya minggu depan.Moga Allah mudahkan urusan-urusan berikutnya.

No comments:

Post a Comment