Pages

Tuesday, June 5, 2012

Jun oh Jun

Selepas melalui bulan Mac dan April yang memenatkan,aku kira boleh menumpukan perhatian kepada apa yang sepatutnya bermula bulan Jun.rupa-rupanya perkiraan ku salah.Bulan Jun yang mulanya nampak seperti kosong mula dipenuhi oleh  pelbagai aktiviti.Sehingga hujung bulan,jadual ku di hujung minggu sudah penuh.Terasa lelah tapi perlu kuatkan semangat.Ku yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.Kurang lebih dua bulan lagi adalah majlisku.Banyak lagi yang belum siap terutamanya permohonan pernikahan yang belum selesai.kepalaku sudah mula pening-pening.Untung ayah dan mak idah banyak membantu.Aku x mungkin dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada persiapan.
Hujung minggu ni berlaku perkara yang tidak terjangka yang membuat aku jadi sedih.Walau cuba untuk ku luahkan tapi sukarnya membuat orang lain mengerti situasi yang aku lalui.Seperti kata ayah,what happened that day was fated for you,so you have to accept it with an open heart.Tabahlah wahai hati.Allah sentiasa di sisi sepanjang saat-saat duka yang aku tempuhi.Semoga ada secebis sinar yang dapat aku lihat nanti.

No comments:

Post a Comment