Pages

Wednesday, June 20, 2012

Hari Lahir Menghampiri Hari Kematian

Alhamdulillah,hari ini genap umur ku 28 tahun.Umur yang Allah kurniakan semoga ku gunakan dengan sebaik-baiknya.Suka-duka yang aku lalui semoga menjadi pedoman hidup di masa akan datang.Terima kasih ayah dan seluruh ahli keluargaku.Terima kasih sahabat-sahabatku.Terima kasih kerana sentiasa bersama di saat susah dan senangku.Sentiasa menjadi teman setia dan Syukur tak terhingga kerana Allah sentiasa mendengar rintihan-rintihanku selama ini.Semoga pertambahan usia ini akan mematangkan fikiran dalam menghadapi situasi-situasi yang mendatang.Alhamdulillah.


Thursday, June 14, 2012

Masa

Bulan Jun sudah hampir ke pertengahan.Aku akan menghabiskan masa selama dua minggu di lumut dan JB.Perkara yang paling merisaukan aku ialah Smokey dan Bulat.Tiada pilihan selain menghantar mereka pada ayah di KL.

Mula-mula aku agak runsing memikirkan jadualku yang sentiasa penuh.Tapi seperti kata seorang sahabatku,hikmah di sebaliknya ialah kami tidak menghabiskan masa dengan perkara-perkara lagha.Semoga aku berjaya menguruskan masa yang dikurniakan kepada aku dengan sebaik-baiknya.



Kata Nabi: “Dua nikmat yang selalu dilalaikan iaitu masa sihat dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari).

Tuesday, June 5, 2012

Jun oh Jun

Selepas melalui bulan Mac dan April yang memenatkan,aku kira boleh menumpukan perhatian kepada apa yang sepatutnya bermula bulan Jun.rupa-rupanya perkiraan ku salah.Bulan Jun yang mulanya nampak seperti kosong mula dipenuhi oleh  pelbagai aktiviti.Sehingga hujung bulan,jadual ku di hujung minggu sudah penuh.Terasa lelah tapi perlu kuatkan semangat.Ku yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.Kurang lebih dua bulan lagi adalah majlisku.Banyak lagi yang belum siap terutamanya permohonan pernikahan yang belum selesai.kepalaku sudah mula pening-pening.Untung ayah dan mak idah banyak membantu.Aku x mungkin dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada persiapan.
Hujung minggu ni berlaku perkara yang tidak terjangka yang membuat aku jadi sedih.Walau cuba untuk ku luahkan tapi sukarnya membuat orang lain mengerti situasi yang aku lalui.Seperti kata ayah,what happened that day was fated for you,so you have to accept it with an open heart.Tabahlah wahai hati.Allah sentiasa di sisi sepanjang saat-saat duka yang aku tempuhi.Semoga ada secebis sinar yang dapat aku lihat nanti.