Pages

Monday, December 28, 2009

Kembali ke sekolah

Alhamdulillah tok dah selamat keluar dari hospital.Sekarang dia duduk kat rumah je.Aku masih terkejar-kejar ke sana-sini.Penat sangat rasanya.Macam-macam perkara yang timbul dalam masa ni.Aku macam tak percaya next week kelas dah start and i'm not ready yet.Terasa ingin bercuti lagi.Rasa letih nak berfikir atau buat apa-apa.Tak mengeluh cuma kecewa bila tgk tanggungjawab yg patut dipikul bersama hanya dipikul oleh sebelah pihak.Aku memberontak sendiri.And the best part aku tak boleh nak cerita kat sapa-sapa.I've been keeping too many things within me and i'm afraid one day it will eat me alive.Sometimes wish for a shoulder to cry on (don't get me wrong).Apa-apa pun aku sentiasa mengadu pada Allah.Ya Allah harap aku masih mampu bersabar.Sometimes aku rasa nak lari dan aku takut bila sampai ke kemuncaknya aku akan buat tindakan nekad yg pernah aku buat satu ketika dulu.Mungkin aku hanya menunggu masa.Who knows.Nobody knows what will happen in the future.I will keep on praying.

Wednesday, December 23, 2009

Masih di PPUM

Kami semua masih berkampung di PPUM kerana tok masih belum sihat.Seperti biasa malam tadi giliran aku untuk tunggu tok lagi.Sekurang-kurangnya sekarang tok dah boleh berjalan ke bilik air.Satu perkembangan yang baik.Kami semua kekurangan tidur walaupun bertukar-tukar shif.Ayah pulak dah demam balik.Ayah masih belum baik dari batuk-batuk yg agak teruk.Insya Allah masih ada 14 hari lagi sebelum kelas start balik.Mengikut perkiraan aku tak ada masa rehat hingga ke hari itu.

Saturday, December 19, 2009

Dari KLIA ke PPUM

Tok pulang dari Mekah dalam keadaan yang uzur.Walaupun macam tu,nampak sangat tok gembira dapat menunaikan ibadah haji.Malam tu sampai je rumah tok bercerita dan buat lawak sampai pukul 1 lebih.Esoknya,bila pergi ke rumah tok,tok dah mula kurang bercakap.Dada tok berombak-ombak.Tok kata dia nak rehat kat rumah je sebab tak larat.Dia tak nak pergi klinik atau hospital.Kami semua membuat operasi mengemas barang-barang tok.Tok tido sepanjang hari sampaila lepas asar.Sebelum balik kami sempat berbual-bual dengan tok.Pagi ni,lebih kurang pukul 7 ,mak idah call bgtau yg tok masuk hospital.Malam sebelumnya mak idah sms bgtau yg esok ada kenduri doa selamat dan minta semua orang berkumpul.Tapi sebab tok masuk hospital,kami berkumpul di hospital.Rupa-rupanya tok minta dimasukkan ke hospital masa subuh tu.Dia dah tak boleh berjalan langsung.Kat hospital tok diletakkan under observation kat emergency ward.Kami gilir-gilir duduk sebelah tok.Tok asyik bertanyakan paksu.Kami terus telefon paksu, suruh dia cakap dengan tok.Mak ina mintak kalau paksu dapat balik jumpa tok.Semua orang mula risau bukan hanya sebab dia sakit, tapi ada banyak benda yg berubah pada tok.Jadi kami tak nak tinggalkan tok seorang diri.Malam ni aku dan mak noor yg jaga tok kat hospital.Insya Allah kami harap tok cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan kami.Amiin

Thursday, December 17, 2009

KLIA lagi

MAlam tadi kami sekeluarga ke KLIA lagi.Dalam bulan ni,selalu sangat rasanya menjenguk KLIA. Kali ni pergi ke sana untuk menyambut tok,ayah mi dan mak mun pulang dari MEkah. Seperti yang dah dijangka, walaupun tok patut tiba pukul 8.40 malam tapi pukul 10 lebih baru tok keluar. Suasana gembira menyelubungi dan riuh sekejap.Dalam keadaan letih pun ayah mi masih boleh buat lawak.Balik ke damansara dah dekat pukul 12 tapi kami duduk kat rumah tok sampai pukul 1 lebih.Dengar tok bercerita.Tok asyik buat lawak dengan cerita-cerita dia.Tu pun tok nak korek beg dia malam tu juga tapi kami suruh tok berehat je.Sampai rumah malam tu terus tido sebab masing-masing dah mengantuk.

Sunday, December 13, 2009

The holiday excitement

Alhamdulillah ayah dah selamat sampai dari Mekah dua hari lepas.Keadaan kat airport sesak dengan jemaah haji dan di sebalik orang ramai kat situ aku nampak ayah dari jauh and aku senyum sendiri.Gembira sebab dapat jumpa ayah balik.Tak seperti cuti-cuti semester sebelum ni, rumah aku agak riuh kali ni sebab mak noor dan ismail ada kat rumah.Mak ina dan mak idah kerap datang rumah gak.Selain daripadaq manusia,kucing pun banyak sebab baby dan 3 ekor anaknya,shelly with 5 of her kittens,2 little goons and smokey are staying with me.Hari-hari aku boleh menghadap diorang tanpa jemu.Bela kucing is al lifetime commitment.Tak dinafikan aku agak sukar bergerak especially nak jalan jauh lama-lama sebab kena tinggalkan diorang.Rumah aku agak riuh dengan bunyi anak-anak kucing ni.Risau gak takut jiran marah.Insya Allah, tok akan balik malaysia 3 hari lagi.Kami bercadang nak pergi jemput tok beramai-ramai.

Saturday, December 5, 2009

Tok dan Ayah

Semalam tok dibawa oleh petugas hospital dan jururawat untuk selesaikan tawaf.Sepatutnya tok dah boleh keluar hospital, tapi selepas tawaf dia kena admit balik sebab jantung tok lemah.Aku agak sedih dengar keadaan tok.Ayah pulak pagi tadi kena pergi hospital untuk check up sebab batuk dia semakin teruk.Ya Allah,aku harap dipermudahkan urusan ayah dan tok supaya dapat mereka sempurnakan ibadah mereka.Ayah keep repeating,don't worry insya Allah everything will be ok.Mana mungkin aku tak risau mendengar keadaan mereka begitu tapi aku yakin dengan Allah dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYa.

Wednesday, December 2, 2009

Sad News from Makkah

Pagi semalam dapat berita dari maksu kat Mesir yang tok masuk hospital kat Mekah. Masa kami dapat berita tu tok dah 5 hari kat wad. Tok masuk sebab pneumonia and congestive heart failure. Tok tak tahan dengan cuaca sejuk masa bermalam di Mudzalifah.Tambah lagi kat sana hujan dan banjir ditambah dengan musim sejuk.Kami kat Malaysia susah hati dengar keadaan tok tapi kami bertawakal kepada Allah.Semoga Allah pelihara tok kat sana.Ayah,Ayah Mi dan Mak Mun pun sakit dan demam.Mungkin ini salah satu kifarah yang Allah bagi untuk mencuci dosa.Ayah pesan berkali-kali supaya jangan risaukan keadaan mereka kat sana.Walau sering memujuk hati tapi kami tetap risau tetapi kami berserah sepenuhnya pada Allah.Tak sabar rasanya nak tunggu diorang balik sebab rasa sunyi kat rumah.